Monday 29 February 2016

Bab 1

"Maaaakk ohh maaaak"
"Maaak oi? Mana mak ni"
"Maaaaakkkkk? Maaaaaaaaaak?"
"Ada apa ni Qaseh. Teriak sampai hendak tercabut paku rumah kita ni hah"
"Hish mak dari mana ni. Meh lah sini mak. Orang nak tunjuk sesuatu ni"
"Laa. Nak tunjuk apa dia" ucap Puan Suraya sambil mengelap tangan di apron yang kemas terpasang ditubuh. Ni lah dia anak dia sorang ni. Terkinja kinja. Emak emak. Tak pandai hendak sabar betul. Mungkin macam itu lah lagaknya kalau bongsu. Hendaklah dia turutkan sahaja.
"Mak. Sinilah cepat mak. Orang dah tak sabar nak tunjuk mak ni" ucap si anak sambil menarik lembut tangan ibunya. Senyum dibibir tetap terukir sedari tadi
"Hah. Dah. Cepat bagitau mak. Apa benda yang buat kamu teruja sangat ni"
"Haaah. Taraaaaa"  teruja Qaseh menayang sekeping kertas di tangan
"Eh? Ya Allah Qaseh. Kamu dapat keputusan Spm kamu hari ni ke? Kenapa tak bagitau mak awal awal. Meh sini slip tu. Mak nak nampak hok mana pandainya anak mak ni"
"Eh mana boleh bagi macam tu je. Mak kena teka dulu. Orang dapat berapa A" cepat cepat Qaseh menyembunyikan slip dibelakang badannya.
"Hish kamu ni. Tak usah duk berteka teki sangat dengan mak lah Qaseh oi. Bagitau je lah. Mak dah tak sabar dah ni"
"Alah. Teka jelah mak"
"Hm yelah. Kalau tengok kegembiraan kamu sekarang ni mak seratus peratus yakin kamu dapat straight A. Yelah mak ingat lagi, waktu kamu PMR dulu. Keputusan bukan main cantik. 7A1B. Tapi sebab satu subjek kamu dapat B, kamu punya kecewa masha Allah. Entah macam mana mak nak kata" ujar Puan Suraya
Macam itulah Qaseh. Dia bukannya tak reti hendak bersyukur tapi baginya usaha tangga kejayaan. Bila dia sudah usaha sungguh sungguh, dia nak balasan yang dia dapat setimpal dengan usahanya. Tidak boleh kurang kurang.
"Hish mak ni memang hebatlah. Hah. Mak tengok lah dulu slip ni. Bukan setakat straight A biasa biasa mak. Tengok tu tengok tu. Orang dapat semua A+ okay. Ih bahagianya orang mak" Qaseh memaut lengan ibunya. Tidak dapat dia gambarkan kegembiraannya ketika itu. Nasib keluarganya kini boleh dia ubah. Itu matlamatnya!
"Alhamdulillah. Mak memang dah agak anak mak ni memang bijak. Dah sekarang ni kamu sebut ja kamu nak apa. Mak bagi"
"Waaah. Betul ni mak? Emm.. orang nak apa ek? Emm kalau orang nak... emm ... kalau orang cakap mak jangan marah eh. Orang nak err.. orang nak .. "
"Cakaplah nak apa Qaseh oi"
"Nak kawin boleh?"
"Hish budak ni" automatic tangan Puan Suraya memberi cubitan ala ala ketam kaw kaw punya kepada anaknya yang satu itu. Padan muka
"Aww. Mak sakitlah. Orang main main je. Orang taknak apa pun. Cuma orang nak mak doa pada Allah banyak banyak. Biar bagi orang masuk U, dapat kerja, boleh belikan mak rumah besar besar"
"Hm yelah. Apa apa pun. Mak bangga sangat dekat kamu Qaseh. Ni sekarang kamu pergilah bersihkan badan. Mak dah masak dah. Lepas mandi, makan. Kalau kamu bagitau kamu dapat keputusan SPM harini. Boleh mak masak sedap sedap. Sekarang ni, kamu makan jelah apa yang ada. Malam karang, mak masak lauk kegemaran kamu."
"Okay mak. Terima kasih mak" ucap Qaseh Balqis lantas memeluk ibunya. Erat.
****
Usai membersihkan tubuh, Qaseh Balqis bergerak ke meja makan. Dari tadi perutnya sudah merayu minta diisi. Tulah. Tadi dekat sekolah kawan kawan ajak makan, taknak. Kan dah lapar.
Masakan emak memang tak pernah mengecewakan. Qaseh Balqis makan tanpa banyak bunyi. Setiap gigitan dia nikmati hingga menjilat jari hehe
"Qaseh oooh Qaseh. Assalamualaikum? Qaseeeh" teriak suara garau lantang
"Waalaikumussalam" jawab Puan Suraya menuju ke arah pintu
"Eh Faqeh. Naiklah. Qaseh ada kat dapur. Tengah makan." Sambungnya lagi.
"Oh baiklah makcik. Qaseh tu memang pekak badak betul lah makcik. Kita teriak bukan dia hendak dengar" adu Faqeh. Kakinya laju meniti satu persatu anak tangga
"Weh aku dengarlah. Kau sini jelah. Tak payah nak kutuk aku depan emak"
"Dah tu Qaseh. Betul pun cakap budak Faqeh ni. Kamu tu.."
"Hah mak. Jangan nak sebelahkan si Faqeh tu. Anak mak orang ni tau. Orang merajuk karang. Naya mak"
Puan Suraya sekadar menggeleng melihat telatah anaknya. Macam macam hal
"Kamu Faqeh. Pergilah dapur tu makan. Qaseh, kamu bagi Faqeh pinggan."
"Eh tak usah makcik. Saya dah makan tadi dekat rumah"
"Hm yelah kalau macam tu. Macik nak nonton Gegar Vaganza ni kejap. Tak lama lagi budak Acong tu nyanyi. Kang terlepas, menangis tak berlagu makcik.Kamu pergilah. Borak borak dengan si Qaseh tu"
"Haha okay makcik"
"Kau duduk situ kejap tunggu aku habis makan. Lepasni kita lepak tempat biasa"
"Beres boss. Kau punya result amacam? Okay?"
Qaseh Balqis tunduk. Mood lakonan dihidupkan. Wajah sedih terpamer diwajah. Dengan budak Faqeh ni, mesti berlakon kaw kaw. Faqeh dan Qaseh sudah berkawan agak lama. Silap sikit, Faqeh pasti dapat tangkap. Ini kalau Rosyam Nor nampak, confirm diambil Qaseh jadi pelakon.
"Kenapa ni wei. Result kau teruk ke? Alah. Takpa lah. Kau kan dah usaha. Mungkin Allah nak kau usaha lebih sikit lagi akan datang. Kau jangan give up k. Aku ada untuk kau"
"Dah lah. Tak nak cakap pasal result result ni" jawab Qaseh. Sebenarnya ingin juga dia bertanya tentang keputusan Spm Faqeh. Tapi lakonan kali ini lebih utama. Tidak boleh fail!
"Hish kau ni. Janganlah sedih wei. Buruklah. Take a chill pil lah. Spm bukan segalanya pun. Rezeki kan Allah yang bagi. Mungkin Allah nak bagi kau rezeki dengan cara yang lain"
Itu dia. Faqeh dah mula usrah dia. Ni yang buat aku nak tergelak ni. Faqeh ... Faqeh.
Lakonan mesti diteruskan. Usai cuci tangan, cuci pinggan dan mengemas meja. Qaseh berlalu dari dapur. Wajah Qaseh maintain sedih. Emosi kena main peranan
"Dah jom ah. Keluar" Faqeh membontoti sahaja langkah kawan baiknya. Otaknya ligat mencari jalan mengembirakan hati rakannya yang satu itu
"Mak. Orang nak keluar ni"
"Hm yelah. Jangan jauh sangat. Balik sebelum asar tau"
"Ok mak" usai menyalami tangan tua itu. Qaseh Balqis berlalu mendapatkan basikal nya
"Qaseh. Kau okay tak ni" ujar Faqeh risau
Ya Allah budak Faqeh ni. Tak habis habis. Ini yang buat idea jahat aku datang ni. Timbul aura jahat di hati Qaseh Balqis
"Hm okay. Dah. Jom lumba. Siapa lambat sampai Sky, kena belanja air" ujar Qaseh lalu mengakuh basikalnya sekuat hati
"Hish. Mana aci. Aku belum naik basikal pun lagi"
"Weh. Tunggu ah"
"Lambat belanja air. Wekkk" teriak Qaseh yang sudah jauh dihadapan, meninggalkan Faqeh di belakang
***
"Nah air kau" ucap Faqeh. Huluran hundred plus ditangan disambut girang oleh Qaseh
"Weh. Teruk gak kau jatuh tadi" ucap Qaseh dengan ketawa yang masih bersisa
"Hah gelaklah, gelak. Bukan nak tolong aku. Sakit tau tak"
"Alah sakit sikit je tu. Macho lah sikit. Lap air mata kau tu"
"Air mata hotak kau. Aku takda lah sampai nak nangis" balas Faqeh. Qaseh diam. Sedikit keluhan dia lepaskan
Hampir terlupa Qaseh agendanya yang satu itu. Dia bukannya apa, dia senang bersama Faqeh. Bila Qaseh sedih, ada saja perkara gila sanggup Faqeh lakukan untuk mengembalikan kegembiraan kawannya. Kadang, sengaja Qaseh buat sedih, hanya kerana ingin kegembiraan dan kegilaan sahabat baiknya yang satu itu
"Kau apasal tiba tiba sedih ni. Tak eloklah nampak kau sedih macam ni"
"Aku okay lah"
"Tak. Kau tak okay. Dah meh sini ikut aku"
"Nak pergi mana?"
"Kau tak teringin nak makan mangga ke?"
"Kalau aku teringin pun kau nak belanja ke?"
"You know what I mean."
"No" Qaseh ligat berfikir. Takkanlah?
"Oh no no no. Weh takkan lah. Lama gila kita dah tak buat kerja gila tu. Kau nak ke Pak Samad tu kejar kita keliling kampung lagi?"
"Dah. Sebarang risiko, biar aku tanggung. Sekarang ni, kau ikut aku."
Hish
***
"Peralatan semua dah sedia?"
"Dah. Weh aku takutlah"
"Eish kau ni. Percaya cakap aku. Kita nak ambik sikit je"
"Tapi Faqeh. Ni dah kira mencuri ni. Kalau kita makan mangga ni nanti, jadi makanan haram masuk perut kita. Kau nak?"
Tanpa mendengar celotoh rakannya. Faqeh mengambil lastik dari tangan Qaseh. Lastik yang baru sahaja siap dibuat dek Qaseh. Faqeh sembunyi senyum. Qaseh ... Qaseh. Taknak lah sangat. Tapi peralatan terpenting ni kau jugak yang buat. Faqeh bukannya apa. Dia tahu mana halal mana haram. Dia bukan jahil tidak mengetahui itu semua. Dia tidak berniat langsung sebenarnya hendak mencuri. Dia cuma ingin mengembalikan senyuman rakannya.
"Weh carikkan aku batu"
"Hah? Nah" nampak sangat Qaseh tengah gelabah. Cepat saja dia menurut
"Satu... dua... tiga. Shot"
Pang! Bunyi dentuman kuat kedengaran. Sasaran Faqeh tersasar.
"Weh asal kau lastik rumah Pak Samad" Qaseh cuak. Habislah
"Hoi! Siapa tu?" Ucap Pak Samad dari pintu rumahnya
"Ya Allah. Budak budak ni lagi. Hoi! Kamu buat apa depan pokok mangga aku ni hah"
"Alamak Faqeh. Orang tua tu dah keluar lah weh" Qaseh gelabah. Confirm dia akan dimarahi emak sebentar lagi
Faqeh tidak membalas
Pak Samad berjalan mendekati. Bibir hitam lelaki berumur awal 50an itu terkumat kamit melepas amarah.
"Aku kira satu dua tiga kita lari tau" bicara Qaseh perlahan. Faqeh hanya mengangguk dan anehnya dia.. senyum?
"Satu... dua..."
"Habis budak budak ni aku kerjakan" ucap Pak Samad geram.
"Lari!" Teriak Faqeh.
Mereka berdua lari lintang pukang. Setiap ceruk kampung mereka jelajahi. Pak Samad yang dah masuk 50 lebih tu masih bertenaga mengejar. Sakit benar barangkali hatinya dengan cubaan mencuri Qaseh dan Faqeh. Mulut mulut orang kampung sememangnya sudah dapat diduga
"Weh Faqeh kau nak kemana lari laju laju ni"
"Apa lagi budak berdua ni buat agaknya. Lari macam tak cukup tanah"
"Ada lagi lah budak berdua ni haih ingat dah insaf"
Macik, aku memang dah lama insaf. Faqeh ni saja yang tak berapa nak sedar. Ini mesti kena hantar ke rumah Ustad Khamad ni. Biar cuci sikit hati dia. Qaseh membuak amarah dalam dada. Hendak dilepas dia sudah tidak larat. Dia dan Faqeh bukan seperti dulu. Muda dan cerdas. Mandi sungai juga sudah lama mereka tinggalkan. Alasannya mudah, dah besar. Entah kalau besar dari sekarang, apa jadi, Qaseh tidak tahu. Usia mematangkan seorang Faqeh, tapi tidak bagi Qaseh. Dulu dan sekarang, dia tetap sama. Usia bukan masalah baginya
"Faqeh. Slipper aku cabut lah. Macam mana ni"
"Hah? Kita menyorok situ kejap lah" cadang Faqeh. Mereka berdua berlalu ke arah yang dimaksudkan. Pak Samad lari terus kehadapan. Nampaknya, kali ini mereka sudah terselamat
"Pak Samad dah takda lah" lapor Faqeh setelah mencuri pandang kawasan sekeliling
"Kau rasa Pak Samad akan lepaskan kita ke? Lepas ni confirm dia lapor dengan mak aku"
"Alah kau jangan risau. Apa apa nanti biar aku yang tanggung. Kan aku dah cakap aku akan handle apa saja risiko. Hal itu kau jangan risau" bicara Faqeh yakin
Qaseh Balqis gelak tiba-tiba
"Kau kenapa weh. Kau buat aku seram lah"
"Hahahhaha takda lah. Lama dah aku tak lari laju macam tadi. Rasa macam hilang segala masalah aku. Lagipun tadi time lari, aku ada nampak belakang kejap. Aku bukan nak kutuk tapi hahahaha muka Pak Samad lari hahaha ampun aku. Pacik tu pun, tua tua macam tu bukan boleh makan mangga banyak banyak pun. Elok sedekah dengan orang kebulur macam kita ni ya dak hahahaaha" Qaseh memegang perut gelak. Kejadian tadi sedikit lucu dihatinya
"Baguslah kalau kau dah happy. Lepas ni kau jangan sedih dah. Buruk!"
"Mana ada aku sedih. Kau tu yang over"
"Ek elleh"
"Apa pun thanks tau. Lagipun kan Faqeh.. tentang result aku tu.."
"Dah. Tak payah ingat result result ni lagi dah. Kau ha.."
"Aku dapat 9A" laju Qaseh memintas
"Kau harus sabar tau Qaseh. Rezeki tuhan yang.."
"Wait! What? Aku tak salah dengar kan?"
"Tak. Betullah tu aku dapat 9A" selamba bicara Qaseh.
"Auw sakitlah" adu Qaseh tatkala satu pukulan hinggap dikepalanya. Kan dah kena luku.
"Buat penat aku aje kau ni lah. Nanti aku nak jawab apa dengan mak aku, mak kau lagi. Haih kau ni. Kalau aku tau a.."
"Kau yang nak buat. Aku tak suruh pun" jawab Qaseh membantah. Tidak fasal fasal dia dipersalahkan
"By the way Faqeh.. thanks tau. Kau lah sahabat aku dunia akhirat"
"Hm yalah. Sekarang kau tolong aku fikir nak bilang apa dekat emak kita"
"Apa susah. Minta maaf jelah. Dah tak usah fikir. Macam tak biasa kena. Emak kau ngan mak aku takda hal punya. Sekarang kau fikir macam mana kita nak ambik basikal kita depan rumah Pak Samad tu. Hah fikir cepat"
Gulp. Faqeh dan Qaseh balas pandang. Masalah besar !!